Monday 7 January 2013

7 Jemah In The House


Majlis  : Second Reunion Sdary Legend 97'
Tarikh : 07 Disember 2012
Lokasi : Banafee Village, Jalan Dato Abdullah Tahir


Tuesday 1 January 2013

Sajak Buat Sahabat



Sahabat..
Jika hari ini kita terlalu gembira,
Sedarkanlah antara kita dengan amaran-amaran ALLAH..
 
Tapi...
Jika antara kita bersedih tanpa kata,
Pujuklah hati itu dengan tarbiah pencipta..
Jika antara kita leka lemah tak berdaya,
Ingatkanlah hati itu dengan kehebatan syurga..
Jika antara kita ada tembok yang memisahkan,
Ajaklah bersua agar dapat meleraikan rindu didada..
Jika pernah hati antara kita terluka,
Luahkan saja agar yang melukakan berubah..

dan..

Jika esok ada antara kita terlena tanpa terjaga,
Iringkanlah lenanya dengan kalungan doa..

Berjanjilah sahabat-sahabat 
Ukhwah kita untuk selamanya..
 
 
Laman ini laman kita
Kita wujudkan agar dapat dikongsikan bersama
Segala suka duka hilai tawa
Rasa manis masam kelat masin dan tawar
Semuanya kita luahkan sahaja
Tunjukkan pada semua erti persahabatan sebenar
Walaupun didunia berbeza
Walaupun disituasi yang berbeza
Tiada apa yang dapat memisahkan kita
Hanya takdir Allah s.w.t. sahaja
Semoga dirahmati.....

---------------------------

Ini laman kami;
Nieda | Lina | Ryn | Niena | Lis | Zeira | Farra


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...