Thursday 21 March 2013

Make Over Jemah

Semalam kami melalui satu pengalaman yang sangat indah. Indahnya bila wajah kami dibelai, disolek, dirias, dihias, dipermolekkan. Rasa macam nak naik pelamin pown ada. Perasaan kami sama, walaupun teruja tapi tetap nervous, dan akhirnya terkesima.

Bermula jam 6 petang,  HANIDA HASSAN disolek oleh juru mekap professioal iaitu RYN DINZ. Kemudian disambung oleh LIS HALISA pada jam 7.30 ptg dan NIENA RIZAL yang terakhir sekali pada jam 9.00 malam.

Pertemuan kami semalam tak cukup corum, LINA & FARRA ada datang memberi sokongan moral, tapi ZEIRA tidak dapat hadir kerana sibuk dengan kerja-kerja editing dimana ianya sebahagian daripada projek yang kami lakukan.

Untuk yang bertanya-tanya tue, sebenarnya kami sedang membuat kerja amal untuk program sekolah kami iaitu EXPO PENDIDIKAN, KERJAYADAN KEMPEN KESEDARAN JENAYAH, AIDS DAN DADAH yang akan berlangsung selama 4 hari iaitu pada 11 hingga 14 April 2013 di Sekolah Datuk Abdul Rahman Yassin (bekas Sekolah Menengah kami). Tuan Pengerusi meminta kami mencari model untuk dimuat naik ke dalam banting dan poster yang berkaitan dengan aktiviti wanita yang akan dijalankan dalam program tersebut. Memandangkan kami tak larat nak bayar model, maka kami dengan muka tak malunya menawarkan diri, dan bersedia menanggung segala kos make over dan photograpy yang kalau nak bayar tue, paham-paham ajerlah. Disebabkan kami ada kepakaran dalam semua tu, maka kami meneruskan projek gila ni. Malu semua tolak tepi.....hahahaha....

Terima kasih kepada RYN DINZ yang sudi menacap muka kami ni. Pasti rumit, iyerlahkan....tengok... sorang jer make up dah makan masa 1 jam lebih. Kalau model profesional pasti sekejap jer make over dah siap. RYN DINZ memang juru mekap handalan, gi lah blog beliau RD Artistic Beauty.

Selepas sesi menacap muka selesai dalam pukul 10.30 malam, kami terus ke Studio Photography yang terletak berhampiran dengan rumah RYN DINZ. Owhhh ya, kami bermekap di rumah RYN DINZ, siap tersedia karaoke lagi tue. Thanks to hubby RYN DINZ (En. Din) yang memberi ruang kepada kami di rumahnya sendiri.

Terima kasih seterusnya kepada En. ELAZAR yang sudi memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan studio beliau dengan bayaran yang ciput. Owh ya, hubby saya rakan sefotografi dengan ELAZAR dan seringkali melakukan tugas-tugas fotografi dan videografi bersama. Mailah singgah ke blog ELAZAR di Elazar Photography

Pada mulanya kami nak buat photo-shoot ni suka suki jer, maybe di rumah RYN DINZ atau di taman-taman, kira macam outdoor lah. Tapi en.hubby NIENA kata rugi, sebab bila dah make up lama-lama, guna peralatan solekan yang mahal, sangat rugi bila hasil foto biasa-biasa saja. Jadi dia yang mencadangkan agar kami masuk ke studio dan merasai pengalaman ala-ala model gituewwwww.... pucuk dicita ulam mendatang laaa kan.

Akhir sekali, terima kasih kepada En.Hubby NIENA dan rakannya En.Saron kerana sudi menjadi photographer kami malam semalam.

Hasilnya....... (sila jangan tengok lama-lama)

Yuk joint ramai-ramai!!!!!!!


Wednesday 20 March 2013

Friday 1 March 2013

Jemah dan Aktiviti



 
 Lokasi : Tapak Perhimpunan Sek. Men. Dato Abdul Rahman Yassin
Aktiviti : Mesyuarat Agong Khas Pemilihan Alumni SDARY
Tarikh : 3 November 2012

Lokasi : Restoran Remaja Klasik, berhadapan Plaza Angsana
Aktiviti : Santai Mesyuarat Legend SDARY 97'
Tarikh : 19 Oktober 2012


 
Lokasi : Pusat Bowling Daiman, Leasure Mall
Aktiviti : Bowling Time

 
 Lokasi  : Dalam Kereta
Aktiviti : Pusing-pusing Bandar Jay Bee

 Lokasi  : Pusat Karoke
Aktiviti : Menyanyi Melalak Memekak

Lokasi : Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin
Aktiviti : Perlawanan Bola Antara JDT & Perak, Liga Super
Tarikh : 11 Januari 2013


 Lokasi : Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor
Aktiviti : Family Day, Legend Sdary 97'


 Lokasi : CKF Badminton Court, Jalan Kempas Lama
Aktiviti : Badminton setiap hari Jumaat, jam 9.00 - 12.00 malam

 

 Lokasi : Restoran Bunga Tanjung, Hotel Garden, Batu Pahat
Aktiviti : Gitar Akustik Live bersama HB46
Tarikh : 23 Februari 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...