Tuesday 30 April 2013

Bila Jemah Main Nombor

Haduiiiii....gamat jadinya bila Cik-cik Jemah kita dah start main nombor ni. Kalah apek-apek di pusat-pusat kuda, 4D, 5D.

Anda hanya boleh tengok keadaan seperti ini di sini sahaja. Takkan ada di tempat-tempat lain sebab ketika ini Cik-cik Jemah sekelian sedang menunggu nombor-nombor mereka naik. Ketika ini sedang berlangsung acara  penutup majlis dengan diselangi acara cabutan bertuah di Dewan Merdeka, Sekolah Dato Abdul Rahman Yassin, Johor.

Dalam beribu-ribu nombor yang di buang ke dalam balang cabutan, cuma 1 nombor sahaja yang sangkut pada Geng Jemah iaitu nombor Cik Lina kita. Cik Fara dengan Cik Lis punya nombor, lagilah tak ada yang sangkut. Cik Zeira hilang entah ke mana, mungkin keletihan berlari seharian dan ditambah dengan sakit kepala sebab baru sahaja mengawal PA sistem untuk acara Anggun. Cik Niena pulak sedang sebok snap-snap gambar Cik Jemah bertiga tu sebab Cik Niena tak banyak nombor, maka harapan memang sangat tipis nak mengena. Cik Nieda pula waktu ini sedang menjadi MC di atas stage sana, panggil nombor-nombor yang bertuah sedang Cik Nieda sendiri tak punya sekeping pown nombor....lagi kesian.

Walaubagaimanapun, Jemah-jemah sekelian tetap happy.

Tuesday 16 April 2013

Mesyuarat Penutup Anggun

Sebentar tadi geng Jemah menjemah di Restoran Chicken Chop Hutan Bandar yang terletak di Jalan Yahya Al-Datar bersebelahan dengan bangunan TNB. Promote sikit.... Chicken Chop RM5 jerrr, kalau yang dipanggang tu, RM7. Kami juga ada order Beef Oblong yang hanya berharga RM4.

Tujuan menjemah malam tadi bukan hanya sekadar makan-makan sahaja. Tetapi geng Jemah berkumpul untuk menggulung program Anggun, yang geng Jemah uruskan sewaktu Program Alumni SDARY tempohari. Segala masalah yang timbul dibincangkan dan akan diperbaiki untuk program yang akan datang. Ucapan jutaan terima kasih kami kepada pihak-pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung, dengan memberi sumbangan, semangat serta bantuan dalam menjayakan program Anggun tersebut. Walaupun terdapat sedikit masalah sepanjang kami menguruskam program Anggun tersebut, geng Jemah tetap sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kami juga sangat bersyukur kerana program Anggun yang dipilih sebagai acara kemuncak Program Alumni SDARY, berjalan dengan jayanya serta mendapat pujian dari banyak pihak. Tidak lupa juga kepada 13 peserta yang menjadi model Wanita Anggun, Puteri Anggun dan Remaja Anggun,anda semua sangat anggun dan jelita pada hari tersebut walaupun cuaca sangat panas terik. Tahniah kepada pemenang.

Selepas ini geng Jemah akan tetap menyebok-nyebok dengan program-program baru yang bakal dianjurkan. Sementara tiada lagi program gempak untuk kami, geng Jemah akan tetap menjemah bertujuh dengan aktiviti-aktiviti kami seperti biasa.

Gambar-gambar disepanjang program Anggun akan diupload ke blog ini sedikit hari lagi.....harap bersabar.

♥ We are BFF ♥

Thursday 11 April 2013

Ceramah dari YB Dato Hj. Noh Gadot

Malam ini Jemah-Jemah menghadiri majlis ilmu di Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yassin. Dengan tajuk Perpaduan Ummah Menyatukan Umat Islam.

Sunday 7 April 2013

GooO JOHOR! GooO JEMAH!

Kecewa dengan kekalahan JDT dengan SEL semalam, tapi Jemah tetap senyum dan beraksi vogue seperti biasa. oOO! Jemah pergi stadium???

Jangan tak percaya! Jemah tetap anggun walaupun berpeluh dan bersesak.

Lepas tonton bola, Jemah menjemah seperti biasa sampai pukul 2 pagi di Restoran Osman Larkin Perdana. 3 Jemah sahaja yang ada sebab kami baru balik dari mesyuarat sekolah. Hari ni ditenami oleh hubby masing-masing kecuali CIK LIS yang masing single.

Chicken chop tu....LINA yang punya. LIS tak makan berat lepas pukul 10 malam, NIENA punya mee goreng mamak hampeh, segan nak tunjuk.

Ok....cya on the next n3 from us <3

Saturday 6 April 2013

Jemah Pergi Meeting

Sebentar tadi bertempat di Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yassin, 3 Jemah, LINA, NIENA & LIS telah menghadiri mesyuarat untuk Program Alumni sekolah yang akan berlangsung selama 4 hari dari 11 April hingga 14 April ini. Kami diberi kepercayaan untuk menganjurkan beberapa acara dan salah satunya acara kemuncak iaitu acara Anggun.

Selepas mesyuarat tamat, kami terus bergegas ke Stadium Larkin untuk menonton perlawanan antara Johor Darul Tazim dengan Selangor.

Jemah-jemah yang lain tak dapat menyerti kami bertiga untuk 2 acara ini disebabknan kesebokan mereka dengan aktiviti-aktiviti masing-masing.

Chowww!

Go JDT! You Go Girl!

Friday 5 April 2013

Berbadminton Malam Ini

Court YC sepi sikit malam ini sebab player tak ramai....
Sebab utamanya!!!!! Haaa, sebab ada 3 Jemah jer yang memeriahkan suasana. Lagi 4..... tarakkkkk! Nasib baik ada Yatz a.k.a Turtle, kalau tak... NIENA & LIS main-main smash berdua je dengan jejaka-jejaka yang lain. LINA tak berapa fit untuk bersukan, jadi dia hanya menjadi penonton sahaja, ala-ala pom pom girl gituew.......

Malam ni jemah yang lain ada hal masing-masing, takpa dimaafkan;
RYN ke KL sedang bertungkus lumus untuk menjayakan program Anggun
NIEDA akan ke KL juga malam ni, berkhidmat untuk negara
FARRA & ZEIRA sedang memanjakan badan, keletihan dengan aktiviti harian

Takpa, walaubagaimanapun... badmintom tetap kena layan sebab ini acara mingguan Legend'97. Geng Jemah mestilah ada yang hadir untuk bagi semangat.

Okayyy chow... kejap lagi LIS, NIENA & LINA akan menjemah ke Ayoub Impian Mas. Jommmm!

Tuesday 2 April 2013

Jemah dan Jakel

Malam tadi 3 Jemah pergi cuci mata di Jakel. Waaaaahhhhh..... ihik, janjinya ada Lis & Farra, tapi akhirnya yang muncul Ryn, Zeira & Niena jer.

Niat asal nk mencari kain untuk buat serempang Ratu yang akan dipakai olen pemenang Anggun pada majlis yang akan berlangsung di SDARY pada 14 April nanti. Tapi akhirnya kami hanya buat lawatan sahaja, pusing-pusing di bangunan baru Jakel yang luas, terang benderang  dan penuh dengan kain.

Zeira sempat juga survey kain untuk projek barunya. Niena pun sempat lagi jeling-jeling langsir untuk hari raya. Ryn dah belek-belek baju untuk anak gadisnya. Yang lebih nampak ketara, kami sangat teruja dengan kain cotton yang bewarna-warni untuk digayakan pada Aidilfitri di bulan Ogos nanti. Hahahaha....nampaknya Jemah sedondon lah di pagi Syawal.

OMG...yang paling mahal di Jakel adalah renda sehingga mencecah ribuan ringgit semeter. Alaaaa....renda manik-manik yang dah semakin menjadi trend sekarang ni, letak tang baju, letak tang kain, letak tang sini, tang sinun...wah, baiklah jahit manik sendiri, lebih puas hati.

Seperti biasa, posing laa sebelum balik.

Alamat Jakel yang baru...berdekatan dengan Plaza Angsana. Berdiri jer dariAngsana,confirm nampak Jakel...


Regards : Niena Rizal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...