Haaaaaa!!!!!!!! Farra hilang??????? OMG!
Serious hokeyyyyy! Cik Farra telang menghilangkan dirinya lebih 8 jam, bermakna kami dah boleh buat laporan polis. Puas kami call, wassap, wechat, PM msg, sehinggakan Cik Niena terpaksa google tempat Cik Farra bekerja untuk bertanyakan adakah Cik Farra masuk ke klinik hari itu.
Bila Cik Farra hilang? Owh.....Hari Khamis yang lalu (cerita basi ni), yang mana malam tu jemah-jemah ada majlis tahlil di rumah Cik Lina. Nak call hubby Cik Farra, semua tak berani takut nanti apa hubby Cik Farra kata, macam over pulak. Tapi bila Cik Niena berjaya menggoogle klinik di mana tempat Cik Farra bekerja, tiba-tiba............. Kawan Cik Farra mengtakan dia sudah berhenti kerja beberapa hari yang lalu.
Whatttttt!!!!!!!!!!
Bila Cik Niena bagi tahu jemah-jemah yang lain Cik Farra sudah berhenti kerja, lagilah semua menggelabah lebih-lebih lagi Cik Lina yang sangat rapat dengan Cik Farra berbanding jemah-jemah yang lain.
Kemudian Cik Lis pula try usaha cara lqin mencari mana Cik Farra ni dah pergi menggunakan satu lagi aplikasi lain, viber. Akhirnya......Cik Farra pickup juga viber call Cik Lis dan memberitahu yang dia selamat dan tak perlu risaukan beliau. Huh!!! Jemah semua punyalah bengang, boleh plak dia gelak-gelak sakan memunculkan dirinya di laman wassap. Maunya tak risau, sebenarnya..........ada sesuatu yang berlaku pada malam kejadian yang membuatkan jemah-jemah semua risaukan sangat dengan kehilanan Cik Farra ni. Hahaha....cerita lawak yang hanya jemah-jemah sahaja yang tahu....syyyyttttt....rahsia jemah ni tak boleh bagi tahu, tapi memang sangat lawak tahap dewa.
Cik Farra!!!!! Jangan buat begitu lagi hokeyyyy. Dan juga amaran keras kepada jemah-jemah yang lain. Sila update diri setiap masa untuk menjaga jantung jemah-jemah yang lain supaya tak cepat rosak.
Sila baca artikel di bawah yea.....ini fakta....
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Berdasarkan rekod polis, 4,804 orang telah dilaporkan hilang dari Januari hingga Oktober tahun lepas dan lebih separuh daripada mereka tidak kembali ke rumah.
Pada tahun 2011, 5,961 orang hilang. Menurut polis pengaruh rakan sebaya dan masalah penyumbang kepada faktor terbesar kes orang hilang melibatkan remaja. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata banyak kes orang hilang yang dilaporkan datang dikalangan keluarga yang berpecah sama ada bercerai atau tinggal berasingan.
"Ia adalah kesan domino, apabila remaja daripada keluarga yang bermasalah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk lari dari rumah," katanya. Katanya lagi, ada dikalangan mereka itu tercicir daripada sekolah dan sebahagian yang lain terutamanya perempuan lari dengan teman lelaki mereka.
Rekod juga menunjukkan bahawa mereka yang berusia antara 13 dan 17 tahun adalah kategori umur tertinggi kumpulan yang dilaporkan hilang dari rumah. Remaja perempuan Melayu membentuk kumpulan terbesar iaitu sehingga 1,124 kes hilang direkodkan daripada Januari hingga Oktober pada 2012 dan jumlah itu hampir empat kali ganda kes di kalangan remaja lelaki.
Selain itu Mohd Bakri berkata terdapat kes-kes terpencil orang hilang kerana menjadi mangsa penjenayah seksual dan kes penyeludupan manusia.
"Pihak polis bekerja keras untuk mengesan mereka yang hilang. Ia adalah satu tugas yang sukar tetapi kita akan tetap cuba sedaya upaya untuk mencari semua yang hilang itu," katanya.
Bagaimanapun menurut beliau ahli masyarakat terutamanya keluarga perlu memainkan peranan mereka membantu polis.
"Adalah penting bahawa laporan orang hilang hendaklah dibuat secepat mungkin kerana ia akan membantu kita dalam menggerakkan sumber kita dengan cepat," katanya.~ mstar~
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
#weloveeachother
#untunglaadalamansosial
No comments:
Post a Comment