Thursday 23 May 2013

Jemah, JDT dan Hari Jadi

Malam tadi, bertempat di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin, 6 Jemah berada di tengah-tengah kelompok manusia di dalam Stadium yang boleh memuatkan lebih kurang 30,000 orang dan mungkin juga lebih.

Masing-masing datang secara berasingan, tapi Alhamdulillah, semua dapat berkumpul di satu tempat dan duduk dengan selesa. Cik Lina, Cik Lis dan Cik Nieda datang dahulu kira-kira 5 petang tapi hanya dapat masuk lebih kurang 6 petang. Begitu juga Cik Niena yang sampai pada pukul 6 petang, tapi hanya dapat menembusi lautan manusia kira-kira sejam kemudian. Yang paling akhir sampai Cik Zeira dan Cik Farra dan mereka sempat bersolat maghrib dahulu. Alhamdulillah.

Pertembungan antara Johor Darul Tazim dengan Kelantan sangat mendebarkan. Kehadiran sekelompok penonton Kelantan juga mendapat perhatian warga Johor begitu juga Jemah-Jemah. Tapi semuanya berakhir dengan baik kerana ternyata warga Johor sangat baik hati termasuklah Jemah semua.

Keputusan yang sangat menggembirakan semua warga Johor Darul Tazim.

JDT 2, Kelantan kosong. Keputusan tersebut telah meletakkan JDT di tangga ke-2 liga. Yeahhhhh!

Memandangkan hari ini juga adalah hari ulang tahun Cik Lina, Jemah-jemah sambung berkaroke di SuaraOK Danga Bay. Walaubagaimanapun, Cik Zeira dan Cik Farra tak dapat menyertai geng Jemah berkaroke kerana mahu balik lebih awal.

SELAMAT ULANG TAHUN LINA MAZURA
WE ♡ U !!!!

Nada hati NR

Saturday 18 May 2013

Cik Farra Hilang?

Haaaaaa!!!!!!!! Farra hilang??????? OMG!

Serious hokeyyyyy! Cik Farra telang menghilangkan dirinya lebih 8 jam, bermakna kami dah boleh buat laporan polis. Puas kami call, wassap, wechat, PM msg, sehinggakan Cik Niena terpaksa google tempat  Cik Farra bekerja untuk bertanyakan adakah Cik Farra masuk ke klinik hari itu.

Bila Cik Farra hilang? Owh.....Hari Khamis yang lalu (cerita basi ni), yang mana malam tu jemah-jemah ada majlis tahlil di rumah Cik Lina. Nak call hubby Cik Farra, semua tak berani takut nanti apa hubby Cik Farra kata, macam over pulak. Tapi bila Cik Niena berjaya menggoogle klinik di mana tempat Cik Farra bekerja, tiba-tiba............. Kawan Cik Farra mengtakan dia sudah berhenti kerja beberapa hari yang lalu.

Whatttttt!!!!!!!!!!

Bila Cik Niena bagi tahu jemah-jemah yang lain Cik Farra sudah berhenti kerja, lagilah semua menggelabah lebih-lebih lagi Cik Lina yang sangat rapat dengan Cik Farra berbanding jemah-jemah yang lain.

Kemudian Cik Lis pula try usaha cara lqin mencari mana Cik Farra ni dah pergi menggunakan satu lagi aplikasi lain, viber. Akhirnya......Cik Farra pickup juga viber call Cik Lis dan memberitahu yang dia selamat dan tak perlu risaukan beliau. Huh!!! Jemah semua punyalah bengang, boleh plak dia gelak-gelak sakan memunculkan dirinya di laman wassap. Maunya tak risau, sebenarnya..........ada sesuatu yang berlaku pada malam kejadian yang membuatkan jemah-jemah semua risaukan sangat dengan kehilanan Cik Farra ni. Hahaha....cerita lawak yang hanya jemah-jemah sahaja yang tahu....syyyyttttt....rahsia jemah ni tak boleh bagi tahu, tapi memang sangat lawak tahap dewa.

Cik Farra!!!!! Jangan buat begitu lagi hokeyyyy. Dan juga amaran keras kepada jemah-jemah yang lain. Sila update diri setiap masa untuk menjaga jantung jemah-jemah yang lain supaya tak cepat rosak.

Sila baca artikel di bawah yea.....ini fakta....

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡
Berdasarkan rekod polis, 4,804 orang telah dilaporkan hilang dari Januari hingga Oktober tahun lepas dan lebih separuh daripada mereka tidak kembali ke rumah.

Pada tahun 2011, 5,961 orang hilang. Menurut polis pengaruh rakan sebaya dan masalah penyumbang kepada faktor terbesar kes orang hilang melibatkan remaja. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata banyak kes orang hilang yang dilaporkan datang dikalangan keluarga yang berpecah sama ada bercerai atau tinggal berasingan.

"Ia adalah kesan domino, apabila remaja daripada keluarga yang bermasalah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk lari dari rumah," katanya. Katanya lagi, ada dikalangan mereka itu tercicir daripada sekolah dan sebahagian yang lain terutamanya perempuan lari dengan teman lelaki mereka.

Rekod juga menunjukkan bahawa mereka yang berusia antara 13 dan 17 tahun adalah kategori umur tertinggi kumpulan yang dilaporkan hilang dari rumah. Remaja perempuan Melayu membentuk kumpulan terbesar iaitu sehingga 1,124 kes hilang direkodkan daripada Januari hingga Oktober pada 2012 dan jumlah itu hampir empat kali ganda kes di kalangan remaja lelaki.

Selain itu Mohd Bakri berkata terdapat kes-kes terpencil orang hilang kerana menjadi mangsa penjenayah seksual dan kes penyeludupan manusia.

"Pihak polis bekerja keras untuk mengesan mereka yang hilang. Ia adalah satu tugas yang sukar tetapi kita akan tetap cuba sedaya upaya untuk mencari semua yang hilang itu," katanya.
Bagaimanapun menurut beliau ahli masyarakat terutamanya keluarga perlu memainkan peranan mereka membantu polis.

"Adalah penting bahawa laporan orang hilang hendaklah dibuat secepat mungkin kerana ia akan membantu kita dalam menggerakkan sumber kita dengan cepat," katanya.~ mstar~

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

#weloveeachother
#untunglaadalamansosial

Friday 17 May 2013

Syukur...

Alhamdulillah.... Dia menganugerahkan kami cinta, Dia memewahkan kami dengan kasih, Dia juga yang melimpahkan sayang, Dia tak pernah lokek memberi kami kebahagiaan.

Alhamdulillah.... Kerana cinta, kasih dan sayang itu, kami kekal bahagia dan menikmati segala kurnianNya.

Alhamdulillah....

Semalam 7  Jemah berkumpul di rumah Cik Lina. Perjumpaan kami semalam tidak seperti selalu, semalam kami terasa seperti hari raya bila semua 7 Jemah berbaju kurung. Plan awal kami nak bersolat Maghrib berjemaah, tapi disebabkan semua antara kami bekerja dan pulang sedikit lewat, kami hanya dapat berkumpul lebih kurang 8 malam. Alhamdulillah, Dia mengizinkan kami solat Isya berjemaah dengan diimamkan oleh mama Lina. Memandangkan semalam adalah hari Khamis malam Jumaat, kami meneruskan dengan pembacaan Yassin dan tahlil ringkas.

Majlis malam semalam adalah bersempena ucapan syukur kepada Allah kerana memberikan kesembuhan kepada Azra anaknda Lina yang diserang demam tempoh hari sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital untuk beberapa hari. Syukur Alhamdulillah. Dan kerana itu, Lina ada sedikit jamuan nasi ambang untuk di hantar ke surau berdekatan rumahnya. Dan malam semalam, 7 Jemah menjamu nasi ambang dalam dulang.

Memandangkan Cik Zeira baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 Mei yang lalu dan juga Cik Lina bakal menyambut hari kelahirannya pada 22 Mei akan datang, Jemah yang lain bersepakat membuat supprise birthday untuk birthday girls. Sedang asyik berborak selepas menjamu selera, Cik Lis membawa sepotong kek cheese blueberry dari luar. Air mata masing-masing dah macam nak menitik kegembiraan tapi semua menahan. Moga berkat doa dari ayahnda Lina, mohon kami diberikan kebahagian hidup hingga kesyurga.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang ada. Semoga kasih sayang ini kekal untuk selamanya.

Dari lensa: NR

Tuesday 14 May 2013

Nilai Persahabatan Yang Sebenar....

Korang tau ape erti persahabatan yg sebenar? Persahabat bukan saje berkongsi suka..Malah berkongi duka & masalah. Dalam persahabat yg jujur & ikhlas..Kite jgn takut d kritik.. Malah bkn saje mengkritik.. Tapi juga d kritik. Kdg2 persahabat bagai sebuah diari yg sanggup mendengar segala luahan & harapan..

Begitulah persahabatan antara geng Anggun d Jemah ni. Walaupun kami berlainan karakter, tapi kami tetap bersama & memahami antara satu sama lain.

Nida.. Seorg yg happy go lucky..dan amat memahami. Kdg2 kuar gak lawak bodoh dia bila bersama. Jenis x kedekut. Kira cam "Along" utk kami la haha.. Niena.. Seorg yg tegas.. Berpendirian.. Kami dpt rasakan.. Niena mcm ketua untuk kami. Kelantangannya bersuara membuatkan kami respect. Lis.. Sabahat yg paling rapat denganku di dalam geng Anggun D Jemah nie. Mungkin Lis saje yg leh tahan & layan kerenah aku yg tah pape nie.hehe..Seorg yg penyabar & masih single tau.. Ryn.. kecik molek orgnye.. Tapi bila bersuara.. Fuh!! Sape yg leh tahan.. Pedas & menyengat.. Jenis yg x bnyk ckp.. Ader gak org kate.. Dia susah nak senyum.. Tpi seorg yg baik hati.. Ziera.. Seorg yg lembut & baik budi pekerti.. Chewah!! Kami leh gelar dia Ustazah. Kalo dah ustazah tu..Korang tau la Ziera ni camne kan..hehe..Fara.. Sahabat yg ku kenal sejak kecik lagi.. Fara nie sorg yg happy giler.. Mcm xde masalah jek..Suka sangat ketawa.. Kdg2 peramah xtentu tempat hehe.. Tapi kalo nk tau.. Fara paling hati tisu dlm geng Anggun D Jemah nie hehehe... Lastky aku lah... Lina.. Seorg yg panas baran..kuat majuk..hahaha..tpi baik hati..pantang dengor sahabat dlm kesusahan..akan cuba tlg sebaik mungkin..


Korang tau tak..Dulu sebenarnya kami berlapan.. Tapi kerana adanya sifat dengki, busuk hati & fitnah sesama sendiri. Hilanglah kepercayaan dalam persahabatan. Saat itu kami bertujuh nekad utk teruskan persahabatan ini dengan jujur & ikhlas. Jadikan segala cabaran & dugaan yg di terima sebagai landasan utk terus hidup dengan bahagia. Sebagai pengajaran agar ia tidak berulang lagi. Tapi syg.. Ku sangka panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari. Persahabatan yg di calar itu tidak berhenti d sini. Tapi makin di tambah api pada bara yg baru nak terpadam. Mcm2 fitnah & umpat keji terpaksa geng Anggun D Jemah lalui. "Si Dia" mengadu domba keseluruh kawan2 yg lain hingga menyebabkan kami d pandang serong. Tidak cukup dgn itu, kami telah kehilangan ramai kawan yg lain yg mane termakan umpat keji "Dia" itu. Saat ini.. kami bertujuh terpaksa bersatu hati & bersabar dalam menghadapi segala dugaan satu persatu.. hasil perbuatan "Dia" yg bagaikan syaitan bertopengkan manusia. Inilah kali pertama kami geng Anggung D Jemah bertemu dgn manusia seperti "Dia". Kalo boleh diminta.. Kami  berharap tidak dipertemukan dgn manusia seperti ini. Allahuakhbar..

Kini.. Kami geng Anggun D Jemah berharap persahabatan yg d bina ini berkekalan hingga ke akhir hayat tanpa sebarang keraguan & penuh kepercayaan dan keikhlasan. Semoga kami sabar & terus bersabar di atas kerenah2 manusia yg hanya ingin melihat kami berbalah. Insyaallah. Amin..

Misz LM




Sunday 12 May 2013

Sokongan Jemah untuk JDT

Malam semalam Jemah-Jemah menjemah di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin, sekali lagi untuk memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak Johor Darul Tazim.

Kelihatan Cik Lina, Cik Nieda, Cik Lis dan Cik Farra dengan berbaju pink, jersi ke-3 JDT duduk di celah-celah kumpulan penyokong tegar JDT, B.O.S.S. Pedulikan apa pendengki-pendengki JDT termasuk penghianat JDT kata mengenai kekalahan berganda JDT dengan ATM dan Perak dalam 2 perlawanan ybg lepas, Jemah-Jemah tetap menyokong pasukan JDT tanpa sangsi dan berbelah bagi.

Kemenangan JDT 3-1 dengan PKNS semalam benar-benar memuaskan hati semua penyokong JDT termasuklah 4 Jemah walaupun keadaan stadium tidak semeriah selalu. Kelihatan juga TMJ yang memberikan sokongan dari jauh kerana terpaksa berada di luar padang selama 6 bulan.

Jemah-jemah akan kembali ke Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus sekali lagi pada 22 May depan, hari Rabu untuk menyemarakkan lagi sokongan kepada pasukan JDT sewaktu menentang Kelantan.

Goooooo Johor!
Goooooo Jemah!

Corat Coret Hujung Minggu

salam kenkawan semua....

how ur day on this weekend? mesti semua bz kan menyambut hari ibu hari ni..
tkpun rest kat umah bersama keluarga tercinta.. geng jemah pun sure ngah spent time ngn family masing2.. maklumla, sehari dua ni bz sgt menjemah hingga 2 3 pagi ;-)

Semlm.. nida..fara..lis & lina berkelah d stadium larkin sempena menyaksikan perlawanan antara JDT & PKNS..alhamdulillah kali ni kemenangan berpihak kepada JDT 3-1 setelah kalah dua perlawanan berturut2.. yg pasti kami tidak sabar utk menunggu perlawanan antara JDT & Kelantan pada 22 May ( bersamaan Besday Lina - pomot ckit la ) ini d Stadium Larkin. Pasti kami akan turun menberikan sorakan utk pemain kesygnan kita. Tema..Sure jersey kaler merah coz semlm lepas abis tngok perlawanan JDT..kami ke bazar karat. Niat d hati hanya utk berjln sje..Tpi leh terpandang jersey JDT.. Wah!! Pe lagi kami pun terbeli 4 helai dgn niat utk memakai pada perlawanan ngn Kelate nnti hehehe





So.. jumpe u olls semua kt Stadium Larkin 22 May nie ok...
Beerharap sgt ke7 geng jemah dapat joint nnti... Smbil memotong kek besday..hahaha

C u again..

Miss LM..

Saturday 11 May 2013

Jemah Mengarok

Masing-masing dah kenyang.......apa lagi, mengarok la pulak. Tapi cik Jemah-jemah bukan mengarok tak tentu pasal. Karoke suka-suki, di Suara oK, Danga Bay.

Macam nilah cik Jemah-jemah release kan segala ketegangan kerja dan juga release dari kekusutan permasalahan manusia. Nasib baik ada teman-teman yang sangat memahami dan sudi berkongsi suka-duka. Alhamdulillah juga cik Jemah-jemah dikurniakan dengan sang suami-suami yang sangat memahami dan sudi memberi kelonggaran dan keizinan kepada isteri-isteri mereka ini pergi menjemah. Lagipun cik Jemah-jemah tidak pergi ke tempat-tempat tak tentu hala dan buat kerja-kerja kurafat. Cik Jemah-jemah masih ada iman di dada dan berfikiran normal.

Ok, mari kita nyanyi. Ada yang nak request lagu?

Makan Malam Mewah

Malas nak cakap banyak sebab kami dah kekenyangan. Marilah menjamu mata hidangan kami yang ditempah khas dari Restoran Permata Senibong.

Bil makam malam kami hari ini RM300.... tong-tong....

Jangan tak percaya, dalam masa setengah jam dah licin. Percaya ke tidak?

Friday 10 May 2013

Ubi Rebus di Warong Wak Radol

Orang Johor mesti tahu Warong Wak Radol yang di Kempas tu. Malam tadi si Jemah-jemah pergi menjemah di Warong Wak Radol.

Malam ni nampaknya tak cukup corum....sebab Cik Nieda merajuk....kihkihkih, terlepas pandang chit-chat di Wassap. Cik Niena plak busy seperti selalu dengan tugas-tugasnya, hurmmm taktaulah apa yang busy sangat almaklumlah semuanya dia nak buat. Cik Farra? Haaa ni lagi sorang, busy jugak walhal jarak rumah Cik Farra dengan Warong Wak Radol sekangkang kera jer. Tapi finally, Cik Farra sampai juga berjalan kaki melenggang kangkong.

Makam malam spontan ni ada banyak sebab, so nak menjemah tak dengan kami? Sebab-sebabnya;

1. Cik Zeira nak pulang rumah jauh, maka untuk mengelak kesesakan lalu lintas, apa lagi Cik Zeira usha lah Jemah-jemah yang lain makan malam bersamanya. Maka, terpedayalah Cik Lis, Cik Ryn dan Cik Lina.

2. Ubi rebus!!! Disebabkan ubi rebus Cik Lina jugaklah plan si Jemah-jemah ni menjadi. Haaaa jangan tak percaya, ubi rebus di Warong Wak Radol. Bukan macam lestulan kepci, mekdi or pijah tu.... 'Outside food not allowed!' okeyyyy.

3. Sebab ketiga ni penting.... psttt pstttt....ada gosip hangat. Hehehe....tak boleh share di sini lagi. Tunggu........

Kalau berminat nak pergi makan-makan di Warong Wak Radol, haaa ni lah alamatnya...

Hurmmm tak payahlah, kami pun tak tahu apa alamatnya. Nanti tersalah bagi alamatnya tak sampailah you all ke Warong Wak Radol. You all klik je di SINI terus ke website Warong Wak Radol, dengan mapnya dan GPS kordinat sekali. Nak tengok menu dulu pun boleh.

Okey...esok kami bertujuh akan menjemah lagi. Tempatnya rahsia....tunggu......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...