Sunday 12 May 2013

Sokongan Jemah untuk JDT

Malam semalam Jemah-Jemah menjemah di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin, sekali lagi untuk memberi sokongan padu kepada pasukan bola sepak Johor Darul Tazim.

Kelihatan Cik Lina, Cik Nieda, Cik Lis dan Cik Farra dengan berbaju pink, jersi ke-3 JDT duduk di celah-celah kumpulan penyokong tegar JDT, B.O.S.S. Pedulikan apa pendengki-pendengki JDT termasuk penghianat JDT kata mengenai kekalahan berganda JDT dengan ATM dan Perak dalam 2 perlawanan ybg lepas, Jemah-Jemah tetap menyokong pasukan JDT tanpa sangsi dan berbelah bagi.

Kemenangan JDT 3-1 dengan PKNS semalam benar-benar memuaskan hati semua penyokong JDT termasuklah 4 Jemah walaupun keadaan stadium tidak semeriah selalu. Kelihatan juga TMJ yang memberikan sokongan dari jauh kerana terpaksa berada di luar padang selama 6 bulan.

Jemah-jemah akan kembali ke Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus sekali lagi pada 22 May depan, hari Rabu untuk menyemarakkan lagi sokongan kepada pasukan JDT sewaktu menentang Kelantan.

Goooooo Johor!
Goooooo Jemah!

3 comments:

  1. Lama tau Nur tak pergi stadium...
    eh..Kak Niena tak turun skali ke..?

    ReplyDelete
  2. hahahaa... Cik Niena balik kampung...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...