Korang tau tak 29/06 ituhari geng jemah ke SBJ utk tngok perlawanan bola akhir antara JDT vs Kelantan.. Walaupun x cukup korum..kami semangat utk menyanyi & support team kesayangan kami... Korang tau punya lah susah nk dapatkan tiket..dapatkan bas.. tpi akhirnya dengan semangat jaya Cik Niena..dapatlah Cik Lis..Cik Nida.. Cik Zeira & Cik Niena sndiri menjejakkan kaki ke SBJ.. Cik Ryn xdpt join pasal terpaksa berhempas pulas menjadi org dapur utk majlis kenduri di rumah iparnya.. Cik Fara pulak teringin nak join..Tapi syg,, xde cuti pada waktu itu. Maka terpaksalah menunaikan tanggungjwb utk negara..hehe.. Cik Lina pada mulanya plan nak join naik bas..tapi syg beribu kali syg.. Suami Cik Lina yg berIC -03 tidak di benarkan menaiki bas bersama rombongan cik jemah. Pada mulanya memang hancur berkecai lah perasaan saat itu. Tapi dengan rezeki dari yg esa.. dapatlah Cik Lina join ke SBJ dengan menaiki kereta sendiri. Dan yang paling best..Cik Lina dapat tajaan tiket free dari HotFM gara2 keslumberan Cik Lina nyanyi utk menyokong pasukan JDT..
Rombongan Cik Jemah diduga bila ketiadaan bas seperti yg di harapkan. Yang adalah hanyalah bang "ting-tong" utk membawa mereka ke SBJ. Tapi pada kami sudah mencukupi kerana yg penting dpt menjejakkan kaki di sana & melihat sndiri pasukan kebanggaan kita bermain. Sedangkan bnyk juga aduan di terima oleh fans JDT yg telah ditipu & tiada bas seperti yang dijanjikan.
Rombongan Cik Jemah bertolak dari Stadium Larkin pada jam 10.30pagi. Saat itu Cik Lina telah pun selamat tiba di hentian Melaka kerana Cik Lina, suami serta anak menaiki kereta & bertolak dari rumah pada jam 8.00pagi. Niat dihati Cik Lina nak menunggu bas rombongan Cik Jemah. Tapi memandangkan bas baru bertolak, Cik Lina mengambil kesempatan utk terus menunggu geng jemah di SBJ.
Sepanjang perjalanan ke SBJ, kami terserempak dengan ramai warga JB yg ingin bersama2 menyaksikan perlawanan penting ini.. Termasuk lah 2 org mat rempit yg mengusik hati kami.
Rombongan Cik Jemah berjalan lancar walaupun bas yg sedikit kekurangan. Kerana semangat yang membara semua kekurangan dapat di atasi. Bas berenti berehat di hentian Seremban selama 30minit untuk mengisi perut & berehat. Kesempatan ni diambil baik oleh Cik Niena..Cik Lis..Cik Nida & Cik Zeira.. Pe lagi kalo bukan bergambar. Mcm la korang semua tak tau kalo ader peluang sure camera phone akan digunakan sebaiknya.
Alhamdulillah dengan berkat kesabaran, Cik Lina & family selamat tiba di perkarangan SBJ pada jam 12.30tengah hari. Keadaan trafic agak sesak saat itu. Mane taknya.. Kompleks Sukan Bukit Jalil juga berasak-asak dgn peminat SUKMA. Memandangkan Cik Lina smpai awl, dapatlah parking yg berdekatan dgn stadium. Saat itu semua penyokong merah putih telah penuh membanjiri SBJ. Dengar cerita mereka telah bertolak dari Kelantan pada malam sebelumnya.
Masa yang terluang digunakan Cik Lina utk meninjau kawasan jualan sempena final piala FA ni. Pada jam 5.30petang bas rombongan Cik Jemah selamat tiba di SBJ. Kami berjanji & berjumpa di perkarangan Stadium Putra & bersama2 memasuki stadium. Fuhh!!! berasa teruja kerana ini ialah pengalaman pertama kami. Punyalah penuh sesak di stadium kehadiran penyokong kedua2 belah pihak. Dari tingkat bawah hinggalah ketingkat atas, tiada tempat utk kami.. Sehinggalah akhirnya kami terpisah. Cik Zeira & Cik Nida duduk bersama ditingkat dua, Cik Niena, Cik Lis & Cik Lina duduk ditingkat satu. Hampa. Itulah perasaan kami saat itu. Tapi apakan daya..
Saat mula duduk di dalam stadium, para penyokong mula bersorak & menyanyi. Kepenatan berjalan dari turun bas hingga ke stadium dilupakan. Menyanyi & menari bersama memberikan kami satu pengalaman yang amat berharga & tidak akan kami lupakan. Walaupun pengokong kelantan cuba berlawan sorak dgn penyokong JDT, tapi rasanya tidak salah kami katakan yang sorakan penyokong JDT lagi kuat & bersemangat. Terima kasih kepada B.O.S kerana lead kami bersama2 mereka.
Tepat jam 8.45mlm, berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA yg disaksikan beribu2 peminat samada secara langsung atau di kaca TV. Bnyak juga screen besar dibuka bagi membolehkan peminat JDT yang tidak dapat ke SBJ menyaksikan perlawanan ini. Permainan yg sengit di tunjukkan oleh kedua2 belah pihak. Kerana sedikit kelalaian & pemain kelantan yang bertungkus lumus mempertahankan kejuaraan mereka, JDT telah kalah tipis 1-0 didalam perlawanan ini. Walaupun sedikit kecewa, kami para penyokong tidak berpaling tadah & akan terus memberikan semangat kepada pemain2 JDT.
Pada jam 2.30pagi.. bas rombongan Cik Jemah bergerak pulang ke JB walaupun permainan tamat sekitar jam 11mlm gara2 Cik Ziera telah tersesat sesama keluar dari SBJ. Syukur alhamdullilah, atas bantuan suami Cik Niena & suami Cik Nida, selamatlah Cik Ziera kita. Geng jemah yang lain bukan xnk bersama2 membantu, tapi kepenatan & kesakitan anggota badan baru terasa hingga menyebabkan mereka terus tertidur di dalam bas.
Cik Lina seperti biasa, bersama keluarga berehat di KL & keesokkan harinya menghabiskan masa & sedikit wang utk bershoping raya di SOGO ( walaupun puasa tak lagi hehehe )
Segala kenangan akan tersemat didalam hati..
Luaskan kuasamu Johor
~LM~
Oh tidak....knapa post i ilang....hahhahaha
ReplyDeleteMalu lah.....tima...kasih ya...bapak2 sudi carik n tunggu saya
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)