Thursday 23 May 2013

Jemah, JDT dan Hari Jadi

Malam tadi, bertempat di Stadium Tan Sri Hj. Hassan Yunus, Larkin, 6 Jemah berada di tengah-tengah kelompok manusia di dalam Stadium yang boleh memuatkan lebih kurang 30,000 orang dan mungkin juga lebih.

Masing-masing datang secara berasingan, tapi Alhamdulillah, semua dapat berkumpul di satu tempat dan duduk dengan selesa. Cik Lina, Cik Lis dan Cik Nieda datang dahulu kira-kira 5 petang tapi hanya dapat masuk lebih kurang 6 petang. Begitu juga Cik Niena yang sampai pada pukul 6 petang, tapi hanya dapat menembusi lautan manusia kira-kira sejam kemudian. Yang paling akhir sampai Cik Zeira dan Cik Farra dan mereka sempat bersolat maghrib dahulu. Alhamdulillah.

Pertembungan antara Johor Darul Tazim dengan Kelantan sangat mendebarkan. Kehadiran sekelompok penonton Kelantan juga mendapat perhatian warga Johor begitu juga Jemah-Jemah. Tapi semuanya berakhir dengan baik kerana ternyata warga Johor sangat baik hati termasuklah Jemah semua.

Keputusan yang sangat menggembirakan semua warga Johor Darul Tazim.

JDT 2, Kelantan kosong. Keputusan tersebut telah meletakkan JDT di tangga ke-2 liga. Yeahhhhh!

Memandangkan hari ini juga adalah hari ulang tahun Cik Lina, Jemah-jemah sambung berkaroke di SuaraOK Danga Bay. Walaubagaimanapun, Cik Zeira dan Cik Farra tak dapat menyertai geng Jemah berkaroke kerana mahu balik lebih awal.

SELAMAT ULANG TAHUN LINA MAZURA
WE ♡ U !!!!

Nada hati NR

6 comments:

  1. memang meriah lah xtvt korang kan~ ramai2 joint~

    ReplyDelete
  2. amboi.. sempat jugak ke karaoke ye??hehehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya g tgk bola ramai2 kat staduim.. :D
    JDT..Luaskan kuasamua... hihihi

    ReplyDelete
  4. Rindu nak tengok bola....nak jumpa jemah gak....sejak berpuasa ni kita blum jumpa lagi kan...bila nak iftar seasama....



    Zeirapaat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...