Friday 17 May 2013

Syukur...

Alhamdulillah.... Dia menganugerahkan kami cinta, Dia memewahkan kami dengan kasih, Dia juga yang melimpahkan sayang, Dia tak pernah lokek memberi kami kebahagiaan.

Alhamdulillah.... Kerana cinta, kasih dan sayang itu, kami kekal bahagia dan menikmati segala kurnianNya.

Alhamdulillah....

Semalam 7  Jemah berkumpul di rumah Cik Lina. Perjumpaan kami semalam tidak seperti selalu, semalam kami terasa seperti hari raya bila semua 7 Jemah berbaju kurung. Plan awal kami nak bersolat Maghrib berjemaah, tapi disebabkan semua antara kami bekerja dan pulang sedikit lewat, kami hanya dapat berkumpul lebih kurang 8 malam. Alhamdulillah, Dia mengizinkan kami solat Isya berjemaah dengan diimamkan oleh mama Lina. Memandangkan semalam adalah hari Khamis malam Jumaat, kami meneruskan dengan pembacaan Yassin dan tahlil ringkas.

Majlis malam semalam adalah bersempena ucapan syukur kepada Allah kerana memberikan kesembuhan kepada Azra anaknda Lina yang diserang demam tempoh hari sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital untuk beberapa hari. Syukur Alhamdulillah. Dan kerana itu, Lina ada sedikit jamuan nasi ambang untuk di hantar ke surau berdekatan rumahnya. Dan malam semalam, 7 Jemah menjamu nasi ambang dalam dulang.

Memandangkan Cik Zeira baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 15 Mei yang lalu dan juga Cik Lina bakal menyambut hari kelahirannya pada 22 Mei akan datang, Jemah yang lain bersepakat membuat supprise birthday untuk birthday girls. Sedang asyik berborak selepas menjamu selera, Cik Lis membawa sepotong kek cheese blueberry dari luar. Air mata masing-masing dah macam nak menitik kegembiraan tapi semua menahan. Moga berkat doa dari ayahnda Lina, mohon kami diberikan kebahagian hidup hingga kesyurga.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang ada. Semoga kasih sayang ini kekal untuk selamanya.

Dari lensa: NR

7 comments:

  1. amboi mak jemah,..ehe... suci jer tgk gambar semua pakai tekekung tuu...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..genap usiaku 33sen pada tahun nie..tq jugak pada sahabat2 yg xjemu memberikan inspirasi, berkongsi suka & duka... ku berharap agar persahabatan ini kekal hingga ke akhirnya.. tq jugak for the suprise diors!! luv u!!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. bestnya. Wah lagi best dpt mkn ns ambang bersama2.. :D

    ReplyDelete
  4. seronoknye~
    moga persahabatan korang kekal hingga ke hujung nyawa~

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah....terima kasih...pada semua yg dikasihi.... ;) for the cake....touching sangat....semoga silaturahim ni...berkekalan dan dalam perliharaan Allah sentiasa...Aamin...

    ReplyDelete
  6. Amin Zeira....
    Thnks Nafira usof....aminnn ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...