Tuesday 9 July 2013

Majlis Amal Bersama Anak2 Ar-Rayyan & Ulangtahun Azra yg Pertama

Alhamdullillah..berkat kerjasama sahabat2 jemah & kaum keluarga..
dapat kami mengadakan majlis amal bersama anak2 Ar-Rayyan
& sekaligus meraikan majlis ulangtahun anak Cik Lina yg pertama..


Majlis ini di adakan di rumah Anak Yatim Ar-Rayyan, bertempat di Taman
Sri Amar Johor Bahru, pada hari Ahad, 23hb June 2013, bermula jam
2.30petang hingga 5.30petang.


Selain Anak2 Ar-Rayyan.. terdapat juga tetamu yg hadir dikalangan
kaum keluarga & sahabat handai.


Kami sahabat2 Jemah membawa makanan sendiri "port luck" bagi
menjamu para tetamu. Cik Ziera membawa roti jala bersama kari ayam,
Cik Niena membawa kuih muih, Cik Fara membeli segala pinggan &
cawan polistren, Cik Nida membawa muffin, Cik Lis membeli goodies bag,
Cik Ryn membawa nugget & Cik Lina membawa nasi goreng cina,
mee hoon goreng, agar2 laici & ayam goreng.


Majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Marsono & diikuti
majlis potong kek ulangtahun. Cik Nida di beri mandat untuk menjadi
Juruacara pada hari yg cukup indah itu dengan dibantu oleh Cik Niena.


Terdapat beberapa acara yg dijalankan bagi memeriahkan majlis tersebut
seperti cabutan nombor bertuah dan permainan yg diketuai oleh En Rizal
iaitu suami kepada Cik Niena. Ada juga insan2 yg baik hati memberikan
sedekah kepada anak2 Ar-Rayyan seperti beras, pakaian, alat-tulis
dan sebagainya.


Majlis berlangsung dengan suasana yg tenang & terkawal walaupun saat
itu kita menghadapi masalah jerebu yang amat teruk.


Betul kata orang.. benda yang baik..allah akan permudahkan..alhamdulillah..

Majlis selesai dan anak2 Ar-Rayyan gotong royong membantu kami dalam kerja2 pembersihan.


Ucapan jutaan terima kasih kepada Pengasas Ar-Rayyan kerana
memberikan keizinan kepada kami untuk bersama2 berkongsi kasih &
kegembiraan. Terima kasih juga yang tidak terhingga untuk sahabat2
jemah yg bertungkus lumus menjadikan majlis ini berjaya & gembira.
Tidak lupa untuk AJK Alumni SDARY yang datang memberikan sumbangan
& sokongan ke atas majlis ini.


Terima Kasih Semua.. 


Luv u all.. ~Cik LM~







C u next story ya!!! muuahhhh

1 comment:

  1. Bestnya ! Alhamdulillah , moga Allah permurahkan lagi rezeki :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...