Tuesday 30 April 2013

Bila Jemah Main Nombor

Haduiiiii....gamat jadinya bila Cik-cik Jemah kita dah start main nombor ni. Kalah apek-apek di pusat-pusat kuda, 4D, 5D.

Anda hanya boleh tengok keadaan seperti ini di sini sahaja. Takkan ada di tempat-tempat lain sebab ketika ini Cik-cik Jemah sekelian sedang menunggu nombor-nombor mereka naik. Ketika ini sedang berlangsung acara  penutup majlis dengan diselangi acara cabutan bertuah di Dewan Merdeka, Sekolah Dato Abdul Rahman Yassin, Johor.

Dalam beribu-ribu nombor yang di buang ke dalam balang cabutan, cuma 1 nombor sahaja yang sangkut pada Geng Jemah iaitu nombor Cik Lina kita. Cik Fara dengan Cik Lis punya nombor, lagilah tak ada yang sangkut. Cik Zeira hilang entah ke mana, mungkin keletihan berlari seharian dan ditambah dengan sakit kepala sebab baru sahaja mengawal PA sistem untuk acara Anggun. Cik Niena pulak sedang sebok snap-snap gambar Cik Jemah bertiga tu sebab Cik Niena tak banyak nombor, maka harapan memang sangat tipis nak mengena. Cik Nieda pula waktu ini sedang menjadi MC di atas stage sana, panggil nombor-nombor yang bertuah sedang Cik Nieda sendiri tak punya sekeping pown nombor....lagi kesian.

Walaubagaimanapun, Jemah-jemah sekelian tetap happy.

2 comments:

  1. alhamdulillah..rezeki baby..cik lina dpt beg kaler merah... tpi rezeki cik ryn sekeluarga pun tidak kurang. en somi dpt hamper..anak2 dpt jam..syukur... :-) bgi jemah yg lain.. sabo eh..hehe sharing is caring..

    ReplyDelete
  2. Aduhai..memg btl kesian che nieda ni.. Jd mc ape pun xdek.. Em kire xbtuah sgt le hari tu, tp yg best che nieda xgigil jd mc hahahawau

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...