Tuesday 16 April 2013

Mesyuarat Penutup Anggun

Sebentar tadi geng Jemah menjemah di Restoran Chicken Chop Hutan Bandar yang terletak di Jalan Yahya Al-Datar bersebelahan dengan bangunan TNB. Promote sikit.... Chicken Chop RM5 jerrr, kalau yang dipanggang tu, RM7. Kami juga ada order Beef Oblong yang hanya berharga RM4.

Tujuan menjemah malam tadi bukan hanya sekadar makan-makan sahaja. Tetapi geng Jemah berkumpul untuk menggulung program Anggun, yang geng Jemah uruskan sewaktu Program Alumni SDARY tempohari. Segala masalah yang timbul dibincangkan dan akan diperbaiki untuk program yang akan datang. Ucapan jutaan terima kasih kami kepada pihak-pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung, dengan memberi sumbangan, semangat serta bantuan dalam menjayakan program Anggun tersebut. Walaupun terdapat sedikit masalah sepanjang kami menguruskam program Anggun tersebut, geng Jemah tetap sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kami juga sangat bersyukur kerana program Anggun yang dipilih sebagai acara kemuncak Program Alumni SDARY, berjalan dengan jayanya serta mendapat pujian dari banyak pihak. Tidak lupa juga kepada 13 peserta yang menjadi model Wanita Anggun, Puteri Anggun dan Remaja Anggun,anda semua sangat anggun dan jelita pada hari tersebut walaupun cuaca sangat panas terik. Tahniah kepada pemenang.

Selepas ini geng Jemah akan tetap menyebok-nyebok dengan program-program baru yang bakal dianjurkan. Sementara tiada lagi program gempak untuk kami, geng Jemah akan tetap menjemah bertujuh dengan aktiviti-aktiviti kami seperti biasa.

Gambar-gambar disepanjang program Anggun akan diupload ke blog ini sedikit hari lagi.....harap bersabar.

♥ We are BFF ♥

2 comments:

  1. nasib pak cik google dapat carik siapakah jemah menjemah G+ tuh.. x boleh trus lompat dari G+.

    salam kenal jugak dari saya.. folo di sini jugak..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...