Sunday, 12 May 2013

Corat Coret Hujung Minggu

salam kenkawan semua....

how ur day on this weekend? mesti semua bz kan menyambut hari ibu hari ni..
tkpun rest kat umah bersama keluarga tercinta.. geng jemah pun sure ngah spent time ngn family masing2.. maklumla, sehari dua ni bz sgt menjemah hingga 2 3 pagi ;-)

Semlm.. nida..fara..lis & lina berkelah d stadium larkin sempena menyaksikan perlawanan antara JDT & PKNS..alhamdulillah kali ni kemenangan berpihak kepada JDT 3-1 setelah kalah dua perlawanan berturut2.. yg pasti kami tidak sabar utk menunggu perlawanan antara JDT & Kelantan pada 22 May ( bersamaan Besday Lina - pomot ckit la ) ini d Stadium Larkin. Pasti kami akan turun menberikan sorakan utk pemain kesygnan kita. Tema..Sure jersey kaler merah coz semlm lepas abis tngok perlawanan JDT..kami ke bazar karat. Niat d hati hanya utk berjln sje..Tpi leh terpandang jersey JDT.. Wah!! Pe lagi kami pun terbeli 4 helai dgn niat utk memakai pada perlawanan ngn Kelate nnti hehehe





So.. jumpe u olls semua kt Stadium Larkin 22 May nie ok...
Beerharap sgt ke7 geng jemah dapat joint nnti... Smbil memotong kek besday..hahaha

C u again..

Miss LM..

Saturday, 11 May 2013

Jemah Mengarok

Masing-masing dah kenyang.......apa lagi, mengarok la pulak. Tapi cik Jemah-jemah bukan mengarok tak tentu pasal. Karoke suka-suki, di Suara oK, Danga Bay.

Macam nilah cik Jemah-jemah release kan segala ketegangan kerja dan juga release dari kekusutan permasalahan manusia. Nasib baik ada teman-teman yang sangat memahami dan sudi berkongsi suka-duka. Alhamdulillah juga cik Jemah-jemah dikurniakan dengan sang suami-suami yang sangat memahami dan sudi memberi kelonggaran dan keizinan kepada isteri-isteri mereka ini pergi menjemah. Lagipun cik Jemah-jemah tidak pergi ke tempat-tempat tak tentu hala dan buat kerja-kerja kurafat. Cik Jemah-jemah masih ada iman di dada dan berfikiran normal.

Ok, mari kita nyanyi. Ada yang nak request lagu?

Makan Malam Mewah

Malas nak cakap banyak sebab kami dah kekenyangan. Marilah menjamu mata hidangan kami yang ditempah khas dari Restoran Permata Senibong.

Bil makam malam kami hari ini RM300.... tong-tong....

Jangan tak percaya, dalam masa setengah jam dah licin. Percaya ke tidak?

Friday, 10 May 2013

Ubi Rebus di Warong Wak Radol

Orang Johor mesti tahu Warong Wak Radol yang di Kempas tu. Malam tadi si Jemah-jemah pergi menjemah di Warong Wak Radol.

Malam ni nampaknya tak cukup corum....sebab Cik Nieda merajuk....kihkihkih, terlepas pandang chit-chat di Wassap. Cik Niena plak busy seperti selalu dengan tugas-tugasnya, hurmmm taktaulah apa yang busy sangat almaklumlah semuanya dia nak buat. Cik Farra? Haaa ni lagi sorang, busy jugak walhal jarak rumah Cik Farra dengan Warong Wak Radol sekangkang kera jer. Tapi finally, Cik Farra sampai juga berjalan kaki melenggang kangkong.

Makam malam spontan ni ada banyak sebab, so nak menjemah tak dengan kami? Sebab-sebabnya;

1. Cik Zeira nak pulang rumah jauh, maka untuk mengelak kesesakan lalu lintas, apa lagi Cik Zeira usha lah Jemah-jemah yang lain makan malam bersamanya. Maka, terpedayalah Cik Lis, Cik Ryn dan Cik Lina.

2. Ubi rebus!!! Disebabkan ubi rebus Cik Lina jugaklah plan si Jemah-jemah ni menjadi. Haaaa jangan tak percaya, ubi rebus di Warong Wak Radol. Bukan macam lestulan kepci, mekdi or pijah tu.... 'Outside food not allowed!' okeyyyy.

3. Sebab ketiga ni penting.... psttt pstttt....ada gosip hangat. Hehehe....tak boleh share di sini lagi. Tunggu........

Kalau berminat nak pergi makan-makan di Warong Wak Radol, haaa ni lah alamatnya...

Hurmmm tak payahlah, kami pun tak tahu apa alamatnya. Nanti tersalah bagi alamatnya tak sampailah you all ke Warong Wak Radol. You all klik je di SINI terus ke website Warong Wak Radol, dengan mapnya dan GPS kordinat sekali. Nak tengok menu dulu pun boleh.

Okey...esok kami bertujuh akan menjemah lagi. Tempatnya rahsia....tunggu......

Tuesday, 30 April 2013

Bila Jemah Main Nombor

Haduiiiii....gamat jadinya bila Cik-cik Jemah kita dah start main nombor ni. Kalah apek-apek di pusat-pusat kuda, 4D, 5D.

Anda hanya boleh tengok keadaan seperti ini di sini sahaja. Takkan ada di tempat-tempat lain sebab ketika ini Cik-cik Jemah sekelian sedang menunggu nombor-nombor mereka naik. Ketika ini sedang berlangsung acara  penutup majlis dengan diselangi acara cabutan bertuah di Dewan Merdeka, Sekolah Dato Abdul Rahman Yassin, Johor.

Dalam beribu-ribu nombor yang di buang ke dalam balang cabutan, cuma 1 nombor sahaja yang sangkut pada Geng Jemah iaitu nombor Cik Lina kita. Cik Fara dengan Cik Lis punya nombor, lagilah tak ada yang sangkut. Cik Zeira hilang entah ke mana, mungkin keletihan berlari seharian dan ditambah dengan sakit kepala sebab baru sahaja mengawal PA sistem untuk acara Anggun. Cik Niena pulak sedang sebok snap-snap gambar Cik Jemah bertiga tu sebab Cik Niena tak banyak nombor, maka harapan memang sangat tipis nak mengena. Cik Nieda pula waktu ini sedang menjadi MC di atas stage sana, panggil nombor-nombor yang bertuah sedang Cik Nieda sendiri tak punya sekeping pown nombor....lagi kesian.

Walaubagaimanapun, Jemah-jemah sekelian tetap happy.

Tuesday, 16 April 2013

Mesyuarat Penutup Anggun

Sebentar tadi geng Jemah menjemah di Restoran Chicken Chop Hutan Bandar yang terletak di Jalan Yahya Al-Datar bersebelahan dengan bangunan TNB. Promote sikit.... Chicken Chop RM5 jerrr, kalau yang dipanggang tu, RM7. Kami juga ada order Beef Oblong yang hanya berharga RM4.

Tujuan menjemah malam tadi bukan hanya sekadar makan-makan sahaja. Tetapi geng Jemah berkumpul untuk menggulung program Anggun, yang geng Jemah uruskan sewaktu Program Alumni SDARY tempohari. Segala masalah yang timbul dibincangkan dan akan diperbaiki untuk program yang akan datang. Ucapan jutaan terima kasih kami kepada pihak-pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung, dengan memberi sumbangan, semangat serta bantuan dalam menjayakan program Anggun tersebut. Walaupun terdapat sedikit masalah sepanjang kami menguruskam program Anggun tersebut, geng Jemah tetap sangat berpuas hati dengan hasilnya. Kami juga sangat bersyukur kerana program Anggun yang dipilih sebagai acara kemuncak Program Alumni SDARY, berjalan dengan jayanya serta mendapat pujian dari banyak pihak. Tidak lupa juga kepada 13 peserta yang menjadi model Wanita Anggun, Puteri Anggun dan Remaja Anggun,anda semua sangat anggun dan jelita pada hari tersebut walaupun cuaca sangat panas terik. Tahniah kepada pemenang.

Selepas ini geng Jemah akan tetap menyebok-nyebok dengan program-program baru yang bakal dianjurkan. Sementara tiada lagi program gempak untuk kami, geng Jemah akan tetap menjemah bertujuh dengan aktiviti-aktiviti kami seperti biasa.

Gambar-gambar disepanjang program Anggun akan diupload ke blog ini sedikit hari lagi.....harap bersabar.

♥ We are BFF ♥

Thursday, 11 April 2013

Ceramah dari YB Dato Hj. Noh Gadot

Malam ini Jemah-Jemah menghadiri majlis ilmu di Sekolah Menengah Dato Abdul Rahman Yassin. Dengan tajuk Perpaduan Ummah Menyatukan Umat Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...